Dilema Pelajar. Antara Matrikulasi & Diploma

Bismillah...

Post (erk, artikel?) yg pertama.
Kenapa *gatai buat blog?.Entah...

Dah mmg biasa apa org tanya aku jawab dgn entah.Cuba bagi up sikit jawapan tuh ye dok...

Tujuan saya menulis *menaip di blog adalah utk meningkatkan jati diri, mengukuhkan hubungan silaturrahim sesama bloggers sbb blog lama dah selamat ku delete...

Ini suma poyo -_-

Kembali ke tujuan asal.Antara Matrikulasi & Diploma mana yg paling elok utk mereka yg mendapat keputusan hampeh mcm aku???

Hampeh.Salah sendiri.Tak lah hampeh sgt cuma taklah sebagus mereka yg lebih rajin yakni yg dapat straight A tuh.Tolong la faham saya sgt sgt sgt cemburu pada anda.Tapi kalau aku yg dpt straight A skali pun aku takkan rasa beza dgn apa yg aku ada sekarang.Aku bukan boleh fly pon...

Fly?? Bukan wikang, atau simpan kepala dlm bakul motor macam penghibur jalanan tuh.I means study overseas.UK, Japan or Egypt maybe.
Kerana hujan emas di negeri org...kata mereka yg terlebih dulu makan garam sampai hipertension.
Hujan batu di negeri sendiri...takpelah jimat ais batu.Jimat duit aku tak payah terobang.Tak payah pinjam sana sinun...

Jadi aku yg cuba taking out positive from a tragedy (tragedy...oh sungguh sadis)  ni buat lah beberapa application ke institusi pendidikan yg  tersedia kat negara ni.Aku anak Malaysia yg ambik aliran sains tulen.

1.MATRIKULASI
Ni yg pertama aku mohon.Sebelum spm.Tapi ramai org cakap susah.Kena struggle bagai.Tapi dalam dunia ni mana ada benda yg sonang jo dapek ojang oi.Semua kena usaha.Semua susah.Nak makan pun kena usaha bukak mulut tu.Kunyah lalu ditelan *aku tengah lapar sebenonye

Dipendekkan cerita yg dah panjang.1 hari kwn aku call.Bagitau yg aku dapat masuk.Kolej Matrikulasi Pulau Pinang KMPP.Alhamdullilah.Rasa nak yg ni.Inikah takdirku?
Kata depa yg lebih arif.Siapa dah dpt matrik takkan dpt form 6 and vice versa.Stpm ni sebenarnya, dgn usaha yg gigih, bagi lebih peluang utk ke oversea.Tapi sama juga dgn matrik.Ada peluang nak ke UK, Jepun kalau cemerlang terbilang. 

Yg aku tau matrik ni dapat elaun dan kena bedah tikus.Yg aliran sains la, yg akaun gatai nak bedah watpe.Sesiapa yg satu tempat bagitau la ye.Nanti boleh kongsi gula gula...he2

2.UNIKL
Aku dok buat permohonan sambil lewa dan pilih course yg hujung-hujung tahun sbb nak cuti lama.Kononya.3 bulan tak cukup yerk?.Pilihan aku masa tu FARMASI, AVIASI & RADIOLOGI.
Aku rasa yg paling up course bawah unikl ni aviation tu la kut.Sebab macam rare je dengar.Yg aku tahu bidang ni tentang kejuruteraan kapal terbang (trimas Uncle Google).
Aku terpilih utk buat farmasi di Royal Collage of Medicine, Ipoh Perak.Dekat lah dgn aku.Tapi aku tak berapa excited la.Lebih harap utk dpt aviasi tu.Tapi salah aku.Yg pergi bubuh mende alah tu pilihan ke 2 watpe.Yg radiologi tu lupakan.Aku dah tak sanggup.

Unikl ni boleh dikatakan separuh kerajaan & separuh swasta.Lebih murah kata cikgu aku kalau nak banding dgn uni swata yg lain. Ada tiga pilihan tabung nak belajar. PAMA*papa mama-ayh ibu etc, PTPTN or MARA.Kalau aku yg miskin ni lebih baik MARA. Seram dgn PTPTN sbb ramai yg cerita kisah duka mereka.Nak tau pergi google...

3.UPU
Ni bulan Mei dah.Tapi bila la hang nak keluaq...

Pada aku la.Aku nak pergi matrik .Tapi perlu ingat matrik tak ada sijil yg melayakkan anda bekerja.Cuma bantu utk ke degree je.Kalau terasa nak kerja juga kenalah guna sijil spm.Jadi tukang pam kat stesen minyak pun kerja halal apa.Lebih universal kerana rakan sejawat yg diimport dari merata dunia. Tapi sanggupkah, pada masa depan pamkan minyak utk kawan anda yg pakai Vios, MyVi or Mini Coopers sedangkan dia sebenarnya lagi hampeh time spm dulu...

Yg mana aku pilih? To be continue...



0 comments:

Post a Comment

 

Meet The Author

I'm big big girl in the big big world... Random things that I do, I love or I'm passionate about